Dasar Privasi

Dasar Privasi

1. Pengenalan

Liberty Specialty Markets Singapore Pte Limited, Cawangan Labuan (No. Syarikat LF12903) (Liberty) pelbagai barisan perkhidmatan insurans komersil dan khusus yang luas di Malaysia. Kami komited untuk melindungi privasi data peribadi anda.

 

Liberty adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura (UEN 201538069C) dan diberi kuasa untuk beroperasi di Labuan, Malaysia, sebagai cawangan.  Liberty ialah ahli Liberty Mutual Group yang berpangkalan di Amerika Syarikat (LMG).

 

Dasar Privasi ini terpakai untuk Liberty, ejen dan penyedia perkhidmatannya.  Dokumen ini menerangkan cara utama Liberty Liberty melindungi privasi anda.  Dasar Privasi ini terpakai untuk apa-apa data peribadi yang anda beri kepada Liberty dan apa-apa data peribadi yang dikumpul oleh Liberty tentang individu daripada sumber lain misalnya pengantara atau broker. Data peribadi ialah maklumat atau pendapat yang membolehkan orang lain mengenal pasti anda. Ia termasuk nama, tarikh lahir, jantina, butiran hubungan, maklumat kesihatan dan maklumat kewangan. Dalam sesetengah bidang kuasa, data peribadi juga boleh dipanggil “maklumat peribadi”.  Dasar Privasi ini menggunakan istilah “data peribadi” untuk kedua-dua ungkapan.

 

 

2. Sebab Liberty Liberty mengumpul data peribadi

 

Liberty mengumpul data peribadi untuk mentadbir perhubungan klien serta menyediakan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan olehnya. Produk dan perkhidmatan ini termasuklah menawarkan polisi insurans, pengurusan risiko dan pengendalian tuntutan. Liberty boleh menggunakan data peribadi anda untuk mengetahui sama ada anda layak untuk sesuatu produk atau perkhidmatan, menyediakan produk atau perkhidmatan atau membantu mengurus produk atau perkhidmatan berkenaan.

 

Liberty juga mengumpul data peribadi supaya dapat membangunkan dan mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang boleh menarik minat anda, menjalankan penyelidikan pasaran atau kepuasan pelanggan, membangun, mewujudkan, memantau dan mentadbir gabungan dan pengaturan lain dengan organisasi lain berhubung promosi, pentadbiran dan penggunaan produk dan perkhidmatan Liberty. Liberty juga boleh berkongsi maklumat dengan syarikat yang berkaitan dengan Liberty supaya mereka juga dapat menawarkan produk dan perkhidmatan kepada anda.

 

Secara am, jenis data peribadi yang dikumpulkan oleh Liberty termasuklah nama individu, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel. Memohon untuk produk atau perkhidmatan tertentu akan memerlukan Liberty mengumpul maklumat khusus berkaitan produk atau perkhidmatan tertentu daripada anda. Sekiranya Liberty telah menyediakan perkhidmatan atau produk kepada anda, Liberty akan perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda berhubung produk atau perkhidmatan tersebut. Ini akan  membolehkan Liberty membantu anda sekiranya anda memerlukan apa-apa maklumat lanjut atau ada pertanyaan mengenai produk atau perkhidmatan tersebut.

 

Dalam keadaan tertentu, Liberty juga boleh mengumpul maklumat sensitif mengenai diri anda. Sebagai contoh, apabila anda ingin membeli polisi, atau membuat tuntutan di bawah insurans kasualti khas, maklumat tentang keahlian profesional atau persatuan perdagangan, maklumat kesihatan dan rekod jenayah anda mungkin diperlukan.

 

Jika anda tidak memberi data peribadi yang diperlukan oleh Liberty atau pihak ketiga lain untuk menawarkan produk atau perkhidmatan tertentu kepada anda, Liberty mungkin tidak dapat menyediakan jenis atau tahap perkhidmatan yang sewajarnya.

 

 

3. Cara Liberty mengumpul data peribadi

 

Secara am, Liberty mengumpul data peribadi terus daripada individu berkaitan namun dalam sesetengah keadaan, Liberty boleh mengumpul data ini secara tidak langsung daripada pihak ketiga. Sebagai contoh, wakil pihak yang diinsuranskan (misalnya broker) boleh memaklumkan Liberty tentang individu lain yang mahu memperoleh manfaat daripada perkhidmatan atau produk Liberty yang berkaitan.  Contoh individu tersebut mungkin termasuk pengarah, pegawai, ahli profesional atau kakitangan lain. Secara alternatif, Liberty boleh mengumpul data peribadi melalui wakil Liberty sendiri atau melalui pihak ketiga, seperti penaksir kerugian, peguam, penanggung insurans, pekerja penjagaan kesihatan, sumber yang tersedia kepada khalayak awam atau saksi kepada sesuatu tuntutan.

 

 

4. Mendedahkan maklumat

 

Liberty boleh mendedahkan data peribadi tentang anda kepada pihak ketiga (termasuk ahli LMG lain) dalam urusan perniagaan biasa operasi insurans, misalnya menyediakan sebut harga insurans, memproses, memberi perkhidmatan, mentadbir polisi dan tuntutan insurans anda, pentadbiran perniagaan kami dan apabila dikehendaki oleh undang-undang.  Sebagai contoh, dalam menyediakan perkhidmatan Liberty kepada anda, Liberty boleh menyediakan maklumat kepada penanggung insurans lain, penanggung insurans semula, pengantara insurans lain, penasihat Liberty seperti penaksir kerugian, peguam dan akauntan, bagi membantu pengendalian tuntutan.  Selain daripada ini, Liberty membataskan penggunaan dan pendedahan apa-apa data peribadi yang disediakan oleh Liberty hanya bagi tujuan yang anda telah persetujui sahaja.

 

 

5. Apa yang dikehendaki daripada anda oleh Liberty

 

Apabila anda memberi data peribadi mengenai individu lain kepada Liberty, Liberty bergantung pada anda untuk memaklumkan individu tersebut atau memastikan individu tersebut telah dimaklumkan bahawa anda akan atau boleh memberi maklumat mereka kepada Liberty, untuk tujuan apa Liberty akan menggunakan maklumat ini, jenis pihak ketiga yang akan menerima pendedahan ini daripada Liberty dan bagaimana mereka boleh mengakses atau membetulkan maklumat mereka atau membuat aduan (seperti diterangkan dalam Dasar ini). Liberty bergantung pada anda untuk mendapatkan persetujuan mereka tentang perkara yang dinyatakan di atas. Jika anda belum melakukan mana-mana perkara ini, anda mesti memaklumkan Liberty sebelum anda memberi data peribadi yang berkaitan.

 

Jika Liberty memberi data peribadi kepada anda, anda dan wakil anda mesti menggunakan data ini hanya untuk tujuan yang dipersetujui sahaja.

 

 

6. Keselamatan data peribadi anda

 

Liberty berusaha untuk melindungi apa-apa data peribadi yang disimpan oleh Liberty daripada penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan, serta melindungi data ini daripada akses, pengubahsuaian dan pendedahan tanpa izin. Liberty memelihara keselamatan fizikal storan dan premis di mana data kertas dan elektronik disimpan.  Liberty juga mengekalkan keselamatan komputer dan rangkaian yang terkini.  Liberty juga mengenakan sekatan privasi yang jelas ke atas pihak ketiga yang akan mengendalikan data peribadi anda.

 

Apabila data peribadi yang disimpan oleh Liberty tidak lagi diperlukan untuk apa-apa tujuan, Liberty akan memusnahkan maklumat ini secara selamat.

 

 

7. Isu rentas sempadan

 

Liberty boleh memindahkan data peribadi anda ke luar negara, termasuk ke negara yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang setara, jika ini secara munasabah diperlukan untuk menyediakan kepada anda produk atau perkhidmatan yang anda kehendaki daripada kami. Sebagai contoh, bergantung pada produk atau perkhidmatan yang anda miliki, Liberty boleh memindahkan maklumat melalui Internet atau perlu menyediakan data peribadi kepada penanggung insurans di luar negara, penanggung insurans semula dan pembekal pihak ketiga lain serta wakil mereka dan wakil Liberty. Liberty boleh menyimpan maklumat anda dalam awan pihak ketiga atau jenis pembekal storan berangkaian atau elektronik lain. Kami juga boleh memindahkan data peribadi anda kepada entiti LMG. Pihak ketiga mungkin terletak di luar negara, seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Singapura atau Hong Kong. Di mana berkaitan, organisasi ini terikat dengan pengaturan data peribadi.

 

 

8. Ketepatan dan akses 

 

Liberty mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini pada bila-bila masa Liberty mengumpul atau menggunakan data ini. Sila hubungi kami sekiranya mana-mana butiran yang anda telah beri kepada kami berubah. Sila turut hubungi kami sekiranya maklumat yang ada dengan kami tentang anda tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini.

 

Liberty akan, atas permintaan anda, menyediakan akses kepada data peribadi anda yang disimpan oleh Liberty, melainkan terdapat pengecualian undang-undang yang menghalang kami daripada menyediakan akses kepada maklumat tersebut.  Sebagai contoh, apabila memberi akses boleh memberi impak yang tidak munasabah ke atas privasi individu lain, Liberty tidak akan menyediakan akses kepada data peribadi tersebut kepada anda.

 

Jika Liberty tidak menyediakan akses kepada anda, Liberty akan memberi sebab mengapa akses ini ditolak dan memaklumkan anda tentang apa-apa pengecualian undang-undang yang dijadikan sandaran.

 

Permintaan anda untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda akan ditangani dalam tempoh masa yang munasabah. Liberty boleh mendapatkan kembali daripada anda kos yang munasabah untuk mendapatkan semula dan membekalkan maklumat yang anda minta kepada anda.

 

 

9. Memilih untuk tidak menerima maklumat pemasaran

 

Liberty mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang Liberty percaya mungkin menarik minat anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berhasrat untuk menerima maklumat pemasaran tentang produk dan perkhidmatan berjenama Liberty, sila maklumkan Liberty dengan menghubungi Pegawai Privasi yang butiran beliau tertera di bawah. Liberty akan bertindak atas permintaan anda dengan segera.

 

 

10. Laman web Liberty Malaysia

 

Anda boleh melayari laman web Liberty (www.libertyspecialtymarkets.com.my) (Laman) tanpa perlu memberitahu kami siapa diri anda atau mendedahkan apa jua data peribadi. Kami mungkin menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul maklumat daripada anda secara pasif sewaktu anda melayari Laman kami. Kami merekodkan maklumat statistik am yang tidak boleh mengenal pasti diri anda, misalnya nama domain, alamat Protokol Internet (IP) dan jenis pelayar. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan "kuki" - set maklumat yang diperuntukkan kepada anda oleh pelayan web kami sewaktu anda melayari Laman ini - semata-mata untuk menyimpan maklumat di antara halaman. Ia tidak digunakan untuk menyimpan atau menjejaki data peribadi tentang pelawat ke Laman ini. Jika anda mahu, anda boleh menetapkan komputer anda supaya menolak kuki. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk meminda perisian pelayar untuk berbuat demikian.


Kami akan mengemas kini Dasar Privasi apabila apa-apa kaedah pengumpulan maklumat baharu diperkenalkan pada Laman ini dan pada bila-bila masa yang boleh,  meminta kebenaran anda untuk menambah apa-apa mekanisme bagi meningkatkan pengalaman anda melayari Laman ini.

 

 

11. Cara menghubungi kami atau membuat aduan

 

Jika anda ingin mendapat akses kepada atau membetulkan data peribadi anda, memilih untuk tidak menerima maklumat pemasaran, membuat aduan data peribadi atau anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang bagaimana data peribadi anda dikumpul atau digunakan, atau apa-apa pertanyaan lain berkaitan Dasar PrivasiLiberty’ sila hubungi Pegawai Privasi Liberty’s  di:

 

E-mel:           :         privacy.officer.ap@libertyglobalgroup.com

Pos:            Pegawai Privasi, 9-7, Wisma UOA Damansara II, No. 6, Jalan Changkat Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur, Malaysia

Liberty akan menjawab pertanyaan atau aduan anda secepat mungkin dan akan cuba menyelesaikan apa-apa aduan dalam tempoh 20 hari perniagaan.  Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, Liberty akan menghubungi anda dalam tempoh waktu tersebut untuk memaklumkan anda dengan lebih lanjut tentang penyelesaian aduan anda.